hIJrAh

~kE aRAh yAnG diREdhAiNYA~
::perjuangan itu ertinya berkorban::

Rabu, Disember 24, 2008

moved

Isnin, November 10, 2008

Usah campur hak umat Islam: Jakim

Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan pelaksanaan syariat Islam di negara ini, khususnya mempertikaikan kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa sebagai panduan kepada umat Islam bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara dilarang agama.

“Kita minta pihak yang tidak berkenaan tidak mencampuri hak orang Islam dalam menganuti agama Islam, apatah lagi mempertikai pihak berkuasa agama negara ini dalam menegakkan syiar Islam.

“Tindakan segelintir mereka mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menuduh fatwa yang dikeluarkan sebagai tidak adil dan menindas juga melanggar hak asasi manusia kerana mempertikaikan hak orang Islam beragama,” katanya, semalam.
---------------------------------------------------------------------------------------------

hmm..bukan nk komen ape pon..tapi, andainye Malaysia yg dikatekan negara islam ni benar2 melaksanakan syariat islam...hukum Allah dengan sepenuhnye...secara keseluruhannya..insyaAllah xde la golongan-golongan nonmuslim yg bising mcm tu..kalau ade pon sikit..sbb kemuliaan, keharmonian dan kebaikan dlm hukum islam mampu mencairkan hati-hati mereka..

ini tidak..kite tgk masyarakat kite sendiri..melayu yg islam nye adelah warisan ini..x amal pon islam...x amal pon ape yg Allah suruh dan x jauh dr larangan Allah..malah kerajaan sendiri tidak menggubal hukum mngikut syariat islam secara kaaafah...semua ni menjadi fitnah buat islam tu sendiri..

membuatkan org benci...membuatkan nonmuslim benci..ketahuila bhawasanye diorg ni kalau x puas hati..diorg x ckp, aku x puas ati tul ngn mlayu ni..x padan ngn mlayu..patut sopan ke hape. takdenye..diorg musti ckp.. apelah muslim ni..x padan ngn muslim..perangai teruk habis..haish..jgn laaa kite jd fitnah utk islam...jgn la kite yg menampakkan islam yg indah itu menjadi buruk...

melayu dan islam ade lah bebeda..melayu x semestinye islam..tp islam ade mlayu, cine, arab, india dan berbagai bangsa lagi..peliharalah kesucian islam..samada dr segi akidah, perlaksanaan undang2, hukum2, syariat...
wallahua3lam..

fleksible??? pak turut?? same kah???

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Jangan ada di antara kau yang menjadi 'ima'ah' yang suka berkata:
"Aku bergantung kepada orang lain, kalau mereka baik, aku baik dan kalau mereka buruk aku pun buruk.
Sebaliknya hendaklah kamu membiasakan diri berkelakuan baik apabila orang lain berkelakuan buruk dan hendaklah kamu jauhi perlakuan buruk mereka."

Isnin, September 29, 2008

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepadaanak muridnya.

Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.
Guru itu berkata,

"Saya ada satupermainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangankanan ada kayu pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",

jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,


"Baik sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkatkayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.Selang beberapa saat, permainan berhenti.Guru tersenyum kepada anak muridnya.


"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kitabegitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yanghaq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagikita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan denganpelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasadengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islamdari masa ke semasa.


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zinatidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanparasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburanyang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanyasudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikitmenerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanyaGuru kepada anak muridnya.


"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. .....

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang andaberdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambilQur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berfikir .

Ada yang mencuba dengan tongkat, danselainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..


"Murid-murid,begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islamdihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgntapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumahdihancurkan." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akanmenghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehinggameskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam danmengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."


"Inisemua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yangdijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanyamurid- murid.


"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya PerangSalib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akansedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kitaberdoa dahulu sebelum pulang...


"RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGANKEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGADIRI!!JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYABILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPIKITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.


semoga kita semua kuat untuk menghadapinya. ..!

Selasa, September 02, 2008

tazkirah ramadhan 3


puasa itu perisai

hehe..gmbr atas tu hiasan je..tp blh gak amik iktibar dr gmbr tu..cumenye time ramadhan ni kite x dihasut iblis tp kena lawan nafsu sendiri..tp ape pon yg sy nak sampaikan kt sini.sesungguhnya puasa ni perisai kite dr melakukan ape2 kemungkaran, kemaksiatan, ape2 sifat mazmumah la..ujub, riak, sombong, kedekut, marah, besa diri dsb..

so, kite pon berusaha lah sebaiknye..dalam melakukan ibadah puasa ni..kite elak dr melakukan perkara2 lain yg tidak mengikut syara'..kite jauhkan diri kite dr kemaksiatan..segala ape jenih maksiat la..maksiat mata..maksiat mulut..maksiat telinga dan sebgainye..dalam pada tu, klu rsa susah..kite doa ngn Allah byk2..moga dijauhkan dr segala kemungkaran di muka bumi Allah ni..

hmm..Rasulullah pon ade sebut kan..bagi org yg x mmpu menahan nafsu nye..pada awalnye Rasul suruh die berpuasa..klu x mampu gak, bru tahap wajib kawen..so, kat sini pon kite blh tgk betapa puasa ni berperanan besar dalam menjaga diri..iman..dari melakukan dosa.

tp sahabat2..igtlah puasa ini bukan setakat menahan lapar dan dahaga..tapii??? byk lagi yg kite perlu buat dan elak..so,.. tepuk dada tanye iman..camne puasa kite??mampukah menjadi perisai diri??lets make our puasa paling bessss tahun ni..

wallahua3lam

tazkirah ramadhan 2


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Al-Baqara [2:185]
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

----------------------------------------------------------------

ye kawan2..bulan ni bulan di mana Alquran mula diturunkan beribu2 tahun yg lalu.. bulan ni menjadi bulan yg begitu mulia..diturunkan Alquran agar kite membacanya.membaca tafsirannye..mentadabbur kitab suci terseebut dgn hati yg pnuh lapang..

bulan mulia ini, marilah sama2 kite tingkatkan, dan perbanyakkan ibadah kita..kerna di bulan ini, Allah menjanjikan pahala yg berlipat kali ganda..apatah lg di malam alqadr yg amat baik..khairummin alfi shayr..

dan marilah kita sama2 didik hati..didik jiwa..beribadah di bulan ini dgn pnuh ikhlas..lantas menjadikan ia titik permulaan utk kite menghiasi bulan2 akan datang dgn ibadah2 yg same..( tp, jgn solat terawih bulan mahram plakk..hehe)..moga kite terus istiqomah dgn ape yg kite lakukan dalam bulan ni..lakukan lah yg terbaik..anggaplah ini ramdhan terakhir buat kite..hargai ramadhan yg telah kite temui ini...sambutlah ramdhan seperti mana sahabat2 RAsulullah sambut suatu ketika dulu..

marilah kite sama2...:)


Ramadhan Datang - Tompi

Ramadhan datang alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang azan
pertanda hati yang senang
hoo…
hati yang gembira
hoo…
penuh suka cita

Sebulan kita kan berpuasa
melawan lapar dahaga
kalahkan nafsu rayuan syetan
menjadi insan yang taqwa
hoo…
hati yang gembira
hoo…
penuh suka cita

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai insan yang fitri

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai makhluk ALLAH